RSS

TENTATIF IMS~

salam.. atas permintaan ramai, disini disertakan skali tentatif nya..

Tentatif program
20/6/2009
(Sabtu)

9 - 10AM
Berkumpul di Masjid SSAAS
10 - 11AM
Bertolak ke R&R Seremban
11 - 1PM
Makan Pagi
Program Kemasyarakatan @ R&R Seremban
1 - 2PM
Bertolak ke Le Paris
2 - 230PM
Pendaftaran
Welcome Drink
230 - 330PM
Majlis Perasmian
Ucapan ALIPH
Check in hotel
330-430PM
Penghargaan KAS
Ucapan Keselamatan dari JK penginapan
430 - 730PM
Aktiviti Bebas
730 - 800
Solat Maghrib BerJemaah
Mathurat
8 - 9PM
Makan Malam
9 - 10PM
Ucapan dari JKPKD
10 - 11PM
Slot Kasih Mesra (Sweet - sweet)

21/6/2009
(Ahad)

6 - 7AM
Solat Subuh (Di bilik sendiri)
7- 10AM
Explorace (Sarapan akan diberi didalam explorace ini)
10 - 11AM
Khidmat Diri
11 - 12 noon
Majlis Penutup
Penyampaian Hadiah
Sesi Fotografi
Check Out Hotel
12 noon
Makan Tengahari
Bersurai

*tertakluk kepada sebarang perubahan
**rasenya pendaftaran sudah pon ditutup..

thanx~

IJTIMA' MAHABBAH SANAWI

Salam.. hee~ dah lame tak post since my last post..
okies, shbt2 batch12 yg dikasihi.. just nak share ngan korang tentang program seterusnya yg bakal dianjurkan oleh alumni institusi pendidikan hira (ALIPH)..

insyaAllah, program Ijtima Mahabbah Sanawi yang bertujuan tuk mengumpulkan semua pelajar lepasan hira' sekalian bekenal-kenalan ngan semua pelajar lepasan hira' ini akan diadakan di LE PARIS COSTA RICA, PORT DICKSON pada 20-21 jun ini..

setakat ini, beberapa orang ahli batch12 sudah berdaftar.. iaitu :

49. Nurul Iman Zulemly - 40
50. Aisyah Razak - 40
51. Nor Daiyatina Ab. Rahman – 40
52. Najwaa Mohammed - 40
53. Maryam Jamilah – 40
54. Fatimah Azlan – 40
55. Nurul Fatin Ibrahim – 40
56. Nurshahida Zaini - 40

yang 40 tu adalah bayaran.. sbb byran nya adalah RM40 seorang..hee~ pas abes program nanti, akan try post gambar kat sana plak.. hee~

*nantikan post seterusya tentang ijtima' mahabbah sanawi..

Picture Rehlah (part 3)


click gamba untuk besarkan image

Picture Rehlah (part 2)


Iman & Aisyah Razak


click gamba untuk besarkan image

Picture Rehlah (part 1)



click gamba untuk besarkan image

Harga Seorang Isteri



Bismillahirrahmanirahim..




Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan kerana menjadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan beliau diberi cuti bergaji penuh selama 7 sehingga 15 hari sebulan dan dia tak diwajibkan sembahyang tetapi Allah menganggap waktu itu sembahyang terbaik darinya. Mereka juga diberi cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila mereka dah bersalin, susukanlah anak dan jangan takut "kendur" atau menggelebeh. Si suami pula, jangan pula berebut dengan anak untuk menyusu. 

Cuti ini bukan cuti suka hati akan tetapi cuti yang Allah berikan sebab beliau bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis waktu cuti tu, layanlah suami "offer" lah pada suami, 



عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فأبت، فبات غضبان عليها، لعنتها الملائكة حتى تصبح). متفق عليه، واللفظ للبخاري. ولمسلم، "كان الذي في السماء ساخطا عليها حتى يرضى عنها."


Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Bila seorang suami mengajak isterinya ke pelaminan (untuk melakukan hubungan badan) lalu menolak untuk datang sehingga semalaman ia (suami) marah, maka malaikat akan melaknatnya (isteri) hingga pagi hari.” (Muttafaqun ‘alaih, ini lafaz al-Bukhari) sedangkan lafaz Muslim, “…maka zat Yang berada di langit akan murka terhadapnya (isteri) hingga ia (suami) rela terhadapnya.”
Ingatlah wahai lelaki, anda tidak diberi cuti untuk menunaikan sembahyang kerana sembahyang adalah wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawa di badan. Satu lagi berita gembira untuk wanita. Di mana sepanjang proses hamil Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan yang diberi kepada wanita, Jadi kenapa perlu takut nak untuk beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, beliau tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. 

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami. Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri mendapat pahalanya tetapi dosa-dosa suami beliau tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila beliau redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. 




Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat beliau tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi beliau pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Jikalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami maka beliau tidak akan dapat pahala extra ini. 

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa anak isteri yang tak dididik dia akan ditanggungnya dan ditambahkan lagi dengan dosa-dosa yang lain. 

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak menderhakai denganNya. Sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta adalah untuk mempertahankan wanita dan dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.




Kem Anak Soleh (KAS)


IKLAN PROGRAM KEMASYARAKATAN

anjuran Alumni Institusi Pendidikan Hira' (ALIPH)







NAMA PROGRAM:
“Kem Anak Soleh V”


TEMA PROGRAM:
“Anak Soleh; Permata Hati, Harapan Ummah”


TARIKH:
Kumpulan 1 : 1 jun 2009 hingga 5 jun 2009


Kumpulan 2 : 8 jun 2009 hingga 12 jun 2009



MASA:
8.30 pagi- 12.00 tengahari (setiap hari)


TEMPAT:
Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8 (PETA LOKASI)

Surau Taqwa Seksyen 7 (PETA LOKASI)

Surau Ar-Rayyan, Seksyen 7 (PETA LOKASI)

Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9 (PETA LOKASI)

Masjid Pangkalan Udara, Subang (PETA LOKASI)


MODUL:
-diskusi iman
-halaqah tilawah
-slot ibadah
-jom berakhlaq!
-sains dan al-Quran




YURAN:

RM40/peserta/minggu

HUBUNGI UNIT PENDAFTARAN:

saudara Adib Abdullah(013-2758525)

saudari Amirah(013-6345889)

saudara Fikri(019-3982454)

Saudari Iman(0194303156)


PENUTUP BICARA:
Semoga segala usaha ALIPH dalam menyumbangkan jasa dan bakti kepada masyarakat setempat mendapat redha, rahmat dan hidayah Allah S.W.T. Segala kerjasama terutamanya daripada kariah surau, ahli-ahli ALIPH, dan masyarakat setempat yang menjayakan program ini merupakan budi yang cukup berharga dan semoga ia menjadi antara usaha yang dipandang tinggi di sisi Allah.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kem Anak Soleh, sila klik sini-->
TENTANG KAS

Untuk daftar online klik sini—>DAFTAR!!




----------------------------- ------------------------------

Assalamualaikum kepada anda semua. KEM ANAK SOLEH(KAS) adalah merupakan program kemasyarakatan yang dianjurkan pada setiap tahun khas buat anak-anak yang berusia 7 sehingga 12. Setiap tahun kami menyediakan modul yang berlainan mengikut pengamatan dan muhasabah daripada program KAS yang lepas-lepas. Insyaallah, anak-anak anda akan mendapat banyak faedah dan manfaat dari program ini. Jangan biarkan anak-anak anda diracuni perkara-perkara yang tidak berfaedah pada musim cuti yang mendatang ini. Jadi, DAFTARLAH SEGERA! TEMPAT TERHAD! Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik sini ---> Laman Official Kem Anak Soleh



===================================================

Romantik Menurut Islam

Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.

Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta. Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil.










Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.

Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;
”Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran” (Sunan Ibni Majah : 626)

Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.

Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.




Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.




Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.

Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.

Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.

Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.

Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma’bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.


~ grabbed from http://layarislam.blogspot.com/ ~

MEMORI TERCIPTA

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


Mengalun suara sesuci bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa


Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa