RSS

rehlah batch12


  





senannya tak reti nak menulis.. tapi, tetap nak jd org first yg post.. hee~


hari sabtu yang lepas (23/5/2009), seramai 27 orang kanak2 batch12 telah pon berehlah di sungai gabai.. fatin, farahin, shah, timah lan, iman, nana, wamad, syeida, maryam jamilah, farhana nazir, atikah munirah, izzati hazirah, chepah, kinah lan, sarah sharuzzaman, syazwani, ern, syahida CK, asma bakhtiar, mimah, barakah, salimah, dib, amalina rosli, najwa ismail, aina roslan, eliani anuar.. huh~ sonok sangat..


Dari kiri: aisyah razak,shah,farahin & fatin



senanya, rehlah ni telah dianjurkan oleh bdak2 kuis yang berhari2 tak tido malam tuk memastikan program rehlah ni berjalan lancar..






kami start berkumpul di stesen komuter shah alam seawal 7.30 pagi.. semua orang hadir ngan wajah berseri2 dan barang2 yang banyak tak ingat.. hee~ patu, bas sampai lambat, kol8.30 baru gerak.. campur ngan sesatnya, dalam kol10 baru kami tiba di sungai gabai.. bila nampak je air terjun kat tingkat bawah skali, sumerang dah excited.. tp, sumerang tau yg ktrg akan mendaki setinggi 333 anak tangga.. hee~ dengan mengangkut ais, air, tempat bakar, ayam dan macam2 barang lagi (sampai ramai yang pancit di tengah jalan) akhirnya kami tiba di kawasan yang diidamkan.. huu~ setting tempat, pasang khemah, hidupkan api.. lepas tu, apa lagi.. kita mandi!! haha~






pastu, ada game.. 1st skali, taaruf.. maklumlah, walaupun kami sebatch, tetap ada antara kami yang tidak kenal mengenali antara satu sama lain.. ada yang kelua lepas darjah6, ada yang masuk time f4.. mana sempat nak kenal.. soalan wajib jawab adalah nama, skrg study di mana? course ape? sabun yg digunakan?then, aisyah akan sebut sorang punya ciri2 dan orang tu akan disimbah air.. punyala kecoh sampai ada abang kat tepi tu kate " cube tgk bape org tu? ada dlm12 org tak? bila campur suaranya.. huh~" haha.. kemudian, kami main regu.. sempat jawab dua soalan je.. soalan pertama punya jwpn adlh aisyah razak. kedua, pengamiran berganda. lepastu, semua dah lapar.. wuu~ makan2!!


Dari kiri:farahin & shah

perut dah kenyang, kami pi solat zohor.. ngan baju basah2, pakai stokin je.. tp, ada gak la yang bw telekung.. bagus2.. pas solat, kami teruskan aktiviti bermain air.. ajk program : aisyah razak, ajak main zus tang.. sape yang kalah akan di simbah air lagi.. yang ni lagi ganas.. yg kalah tu siap kene benam lagi.. sampai xle nafas tau!! haha~ dah ramai yg kalah, kami nak serang air terjun plak.. kat situ ramai lelaki.. kalo kami pi sensorang, sure tak brani.. ngan jahatnya, kami serang air terjun beramai2.. sume lelaki2 tu ketepi.. haha~ sori korang, take turn la, dah lame sgt korang dok kat situ.. haha~





dalam kol4.30, kami dah mula siap berkemas.. tuka baju sume.. makan aiskrim.. haha.. patu nek bas n singgah kat surau tuk solat asar.. dah solat, kami ada sesi penyampaian hadiah.. disebabkan program tidak seperti yang dirancangkan, hadiah diberi kpd sape2 yang rajin masak tanpa mandi.. hee~ lepas tu, sume tido.. komfem dah tak larat.. sampai pakcik bas tu sesat pon ktrg tak perasan.. seb baik izzati sedar n tau jalan.. gud job izzati! kalo tak, tak taula kol bape br sampai umah.. elok je pas azan maghrib, kami tiba di komuter shah alam balik.. sume salam2, kiss2, huhu~ xtaula bila dapat berkumpul camni lagik..